KUALA LUMPUR: MCA akur untuk bertanding hanya di dua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini. Dua calonnya adalah seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu Datuk Ngwe Hee Sem bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dan Datuk Lim Ban Hong di Klebang.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden MCA selepas perbincangan antara parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

Katanya, MCA juga akan menggunakan logo BN, selain memastikan gerak kerja disusun untu