Dakwaan bahawa kerajaan Persekutuan membatalkan atau memotong peruntukan projek Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah dan Sarawak adalah tidak berasas.
Key takeaways
Menteri Datuk Mustapha Sakmud menafikan dakwaan pembatalan projek JALB di Sabah dan Sarawak, menegaskan bahawa penangguhan Surat Setuju Terima (SST) tidak bermaksud projek dibatalkan. Peruntukan JALB dijangka meningkat kepada RM2.11 bilion pada 2026 dan RM2.27 bilion pada 2027.
- Penangguhan pengeluaran SST baharu tidak disamakan dengan pembatalan projek pembangunan yang telah diluluskan.
- Peruntukan JALB meningkat kepada RM2.11 bilion bagi 2026 dan RM2.27 bilion bagi 2027.
- Kementerian Kewangan meluluskan perbelanjaan tambahan RM500 juta pada 2026 untuk menangani tunggakan kontraktor.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
KOTA KINABALU: Dakwaan bahawa kerajaan Persekutuan membatalkan atau memotong peruntukan projek Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah dan Sarawak adalah tidak berasas.
Ini kerana penangguhan pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) baharu bukan bermaksud projek pembangunan yang diluluskan dibatalkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata, peruntukan asal JALB di peringkat nasional terus meningkat kepada RM2.11 bilion bagi 2026 dan RM2.27 bilion bagi 2027.
Beliau berkata, sebelum pentadbiran Kerajaan Madani, peruntukan JALB tidak pernah mencecah RM1 bilion manakala peruntukan RM1.09 bilion hanya mula disediakan pada 2023.