Puad Zarkashi mempersoalkan sama ada wujud masalah kerjasama antara menteri dengan pegawai tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.PETALING JAYA: Puad Zarkashi menggesa Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Suriani Ahmad, mendedahkan fakta sebenar berhubung dakwaan beberapa projek jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak dibatalkan atas arahannya.

Bekas pemimpin Umno itu turut mempersoalkan sama ada wujud masalah kerjasama antara menteri dengan pegawai tertinggi kementerian berkenaan.

“Justeru, KSU mesti mendedahkan fakta sebenar. Mesti ada sebab KSU berani lawan menteri. Kita tidak mahu rakyat di Sabah dan Sarawak keliru dan jadi mangsa.

“Kalau timbalan perdana menteri dan penjawat awam suka bergaduh, macam mana nak jadi perdana menteri?” katanya di Facebook.