Itu pendirian Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar sekiranya dipilih Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN13) Sarawak.
"Jika saya dicalonkan... jawapan saya, pantang mundur," katanya yang juga Pengerusi Tetap PBB ketika ditanya mengenai kemungkinan itu pada sidang media berhubung pembubaran DUN Sarawak, hari ini.
Beliau berkata, sejarah menunjukkan Speaker DUN sebelum ini pernah bertanding dalam pilihan raya, namun perkembangan perundangan kemudiannya membolehkan seseorang dilantik sebagai Speaker tanpa perlu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
"Dulu Speaker memang jadi calon, tetapi selepas itu satu undang-undang diluluskan yang membolehkan seseorang menjadi Speaker tanpa menjadi ADUN," katanya.









