Kuala Lumpur: Perasaan seperti ada urusan yang belum selesai menjadi pembakar semangat Hannah Green untuk kembali memburu kejuaraan pada Kejohanan Golf Maybank 2026, selepas impiannya menjulang trofi tahun lalu lebur di tangan Miyu Yamashita menerusi penentuan play-off.

Pemain Australia yang menghuni ranking ke-10 dunia itu muncul naib juara pada edisi lalu, mengakui masih menyimpan keinginan untuk memperbaiki pencapaian berkenaan, sekali gus menjadikan penampilan kali ini peluang terbaik untuk menebus kekecewaan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

"Ya, saya rasa ada sedikit perasaan seperti urusan yang belum selesai. Namun, tahun lalu, saya juga bertuah kerana berjaya membawa saingan hingga ke lubang ke-72 dan mendapat peluang beraksi dalam play-off.