Ipoh: Tiga sindiket penipuan dalam talian berjaya ditumpaskan selepas 36 individu membabitkan warga tempatan, China dan Jepun ditahan polis dalam operasi bermula 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan dijalankan di sekitar daerah ini serta Kampar.

Menurut beliau, enam individu berusia 19 hingga 30 tahun tahan dalam serbuan pertama membabitkan dua pangsapuri di Bandar Agacia di Kampar pada 6.30 petang 22 Oktober lalu.

"Kesemua suspek berperanan sebagai ejen mencari pelanggan untuk menawarkan pinjaman. Suspek menerima upah sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.