Kota Tinggi: Lelaki disyaki terbabit dalam insiden menetak seorang peneroka FELDA sehingga maut di FELDA Lok Heng Selatan di sini, semalam, dipercayai mempunyai masalah mental.
Kakak kepada suspek yang hanya mahu dikenali sebagai As, 54, berkata, kali terakhir adiknya itu mendapatkan rawatan mental dan mengambil ubat adalah lapan tahun lalu.
"Adik ada masalah halusinasi dan pernah meminta untuk dihantar ke sekolah tahfiz sebelum kita rujuk ke Hospital Permai, Tampoi.
"Bagaimanapun, pihak hospital mendapati halusinasi dan masalah mental dihadapi adik adalah berpunca daripada kesan penyalahgunaan bahan terlarang, sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di FELDA Lok Heng Selatan di sini, hari ini.









