KOTA TINGGI – Seorang peneroka maut selepas ditetak dalam kejadian Felda Lok Heng Selatan, di sini, pada Isnin.Difahamkan, insiden berlaku kira-kira jam 7.30 petang berhampiran kawasan kediaman suspek.Menurut sumber, suspek dilaporkan mengamuk di tepi jalan dan bersenjatakan dipercayai sebilah kapak, menyebabkan penduduk sekitar tidak berani mendekati lokasi kejadian."Kejadian berlaku di tepi jalan dekat rumah suspek. Orang kampung tak berani bertindak kerana suspek memegang kapak dan sedang mengamuk," katanya.Menurut sumber itu lagi, selepas bertindak menyerang mangsa, suspek terus melarikan diri dari lokasi menaiki sebuah motosikal.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.Bagaimanapun, beliau memaklumkan kenyataan rasmi berhubung kes berkenaan hanya akan dikeluarkan esok memandangkan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Peneroka Felda maut ditetak dengan kapak

Key takeaways
Seorang peneroka maut ditetak dengan kapak di Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, selepas suspek mengamuk di tepi jalan.
- Insiden berlaku kira-kira jam 7.30 petang di kawasan kediaman suspek.
- Suspek memegang kapak dan melarikan diri dengan motosikal selepas menyerang mangsa.
- Ketua Polis Daerah Kota Tinggi mengesahkan kejadian tetapi belum keluarkan kenyataan rasmi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Harian Metro , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Komander Houthi maut dalam pertempuran dengan tentera Yemen
- Utusan Malaysia Peneroka maut ditetak di Felda Lok Heng Selatan
- Harian Metro Peneroka FELDA dipercayai maut ditetak
- Sinar Harian Peneroka Felda maut ditetak dengan kapak (this story)







