SHAH ALAM - Bermula dengan kandungan gurauan telefon, pencipta kandungan media sosial, Zamarul Ramzie Abdullah atau lebih dikenali sebagai Papazam, tidak menyangka tindakannya menyamar sebagai remaja perempuan berusia 15 tahun di alam maya mendedahkan perbualan dengan individu dewasa yang menjurus kepada unsur seksual.Zamarul, yang juga penasihat jualan kereta terpakai berkata, idea itu tercetus selepas mengikuti laporan kes rogol membabitkan mangsa bawah umur, sekali gus mendorongnya menghasilkan kandungan bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak di internet.Katanya, beliau menggunakan akaun palsu di beberapa platform media sosial, termasuk aplikasi mencari jodoh bagi meneliti cara individu tidak dikenali berinteraksi dengan profil yang menggambarkan seorang remaja berusia 15 tahun."Saya nak tengok bagaimana perbualan itu berjalan apabila mereka tahu profil tersebut menggambarkan budak berusia 15 tahun."Apabila perbualan mula menjurus kepada perkara seksual, saya sedar isu ini lebih serius daripada sekadar prank call," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Zamarul berkata, beliau turut mengatur pertemuan di sekitar Kuala Lumpur apabila perbualan menerusi profil berkenaan mula menjurus kepada unsur seksual sebelum mendedahkan identiti sebenarnya.Menurutnya, usaha itu mendapat perhatian pengikut media sosial yang kemudian mencadangkan pembentukan pasukan bagi membantunya menghasilkan lebih banyak kandungan berkaitan keselamatan kanak-kanak di alam maya."Saya tak pergi seorang diri kerana kita tak tahu bagaimana seseorang akan bertindak apabila bersemuka. Sebab itu saya pergi bersama pasukan yang dibentuk dalam kalangan pengikut saya untuk tujuan keselamatan," katanya.Zamarul mendakwa, kira-kira 90 peratus individu yang ditemuinya berusia 35 tahun ke atas dan sudah pun berkahwin.Antara pengalaman mengejutkannya ialah seorang lelaki berusia 42 tahun didakwa mengaku pernah melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak berusia 13 tahun."Saya terkejut apabila mendengar pengakuan itu. Saya mula fikir tentang kemungkinan ada kanak-kanak lain yang pernah menjadi mangsa atau masih berdepan risiko sama," ujarnya.Sebagai suami dan bapa, Zamarul berharap kandungan dihasilkannya membuka mata ibu bapa tentang kepentingan memantau keselamatan anak ketika menggunakan aplikasi dalam talian.Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menyimpan bukti sekiranya mengesyaki berlakunya eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Bermula dengan 'prank call', penyamaran Papazam dedah sisi gelap alam maya

Key takeaways
Papazam menyamar sebagai remaja perempuan 15 tahun untuk menunjukkan bahaya interaksi di alam maya.
- Papazam menggunakan akaun palsu untuk meneliti interaksi dengan individu dewasa.
- Perbualan mula menjurus kepada unsur seksual, menunjukkan isu serius.
- Pengikut media sosial cadangkan pembentukan pasukan untuk keselamatan kanak-kanak di internet.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD NABIL ALMA AZMAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Bermula dengan 'prank call', penyamaran Papazam dedah sisi gelap alam maya (this story)







