PUTRAJAYA – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan salah laku berkaitan kematian Noorizwan Zulkefly ketika berada dalam tahanan atau jagaan polis.IPCC dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan tindakan itu dilaksanakan selaras dengan mandat dan tatacara yang diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 (Akta 839) bagi meneliti fakta, dokumen, keterangan serta keadaan yang berkaitan dengan kejadian tersebut.Menurut suruhanjaya itu, siasatan dijalankan secara bebas, saksama dan berasaskan keterangan yang diperoleh serta disahkan melalui proses yang sewajarnya."Dapatan siasatan akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis mengikut peruntukan undang-undang yang terpakai," menurut kenyataan itu.IPCC berkata, pelaksanaan siasatan tersebut tidak boleh ditafsirkan sebagai satu kesimpulan awal bahawa wujud salah laku oleh mana-mana pihak."Sebarang penilaian, dapatan atau syor hanya akan dibuat berdasarkan hasil siasatan serta peruntukan undang-undang yang berkaitan."IPCC komited melaksanakan tanggungjawab pemantauan bebas secara telus, berintegriti dan profesional, dengan memastikan setiap perkara yang dirujuk diteliti sewajarnya di samping menghormati hak serta kepentingan semua pihak yang terlibat," katanya.Terdahulu, Noorizwan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berkaitan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.Pada 30 September lalu, beliau dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.52 pagi, 1 Oktober.
IPCC mulakan siasatan kematian Noorizwan ketika dalam tahanan polis

Key takeaways
IPCC memulakan siasatan kematian Noorizwan ketika dalam tahanan polis mengikut undang-undang yang berkaitan.
- IPCC siasat kematian Noorizwan mengikut Akta 839 2022.
- Siasatan dilakukan secara bebas, saksama dan berasaskan keterangan.
- Dapatan siasatan akan disampaikan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Anwar hubungi KPN mahu siasatan kematian Noorizwan telus, menyeluruh
- Utusan Malaysia Anwar mahu siasatan kematian Noorizwan telus tanpa kompromi
- Malaysiakini (BM) Anwar: Siasat kematian Noorizwan tanpa kompromi
- Berita Harian IPCC siasat kematian Noorizwan dalam tahanan polis
- Sinar Harian IPCC mulakan siasatan kematian Noorizwan ketika dalam tahanan polis (this story)







