Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyeru orang ramai terutama yang berada di kawasan berisiko, supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti ramalan serta amaran cuaca semasa.
Ahmad Zahid turut menasihati orang ramai supaya mengelak berada di kawasan yang mudah dinaiki air.
"Jangan mengambil risiko meredah banjir dan patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah.
"Pastikan juga dokumen penting, ubat-ubatan, keperluan asas dan nombor kecemasan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.






