KOTA BHARU: BERSATU sepatutnya menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) dan bukannya cuba melemahkan gabungan itu menerusi pelbagai tindakan, kata Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengulas persoalan PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung rancangan PN untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap partinya, Tuan Ibrahim berkata, jawapannya sudah terkandung dalam kenyataan Muhyiddin sendiri.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS, berkata BERSATU tidak sepatutnya cuba membubarkan PN, sedangkan pada masa sama melahirkan rasa sedih terhadap keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran gabungan itu.

"Dalam kenyataan itu sudah ada jawapannya. Bersatu tidak perlu berusaha untuk membubarkan PN atau melakukan pelbagai tindakan menyerang gabungan itu.