RAMALLAH, Tebing Barat – Lebih 3,000 warga Palestin diusir dalam operasi tentera Israel di bandar Hebron, wilayah Tebing Barat , kata pihak berkuasa majlis perbandaran semalam.
Majlis perbandaran di Hebron iaitu bandar terbesar di wilayah Palestin yang diduduki Israel itu berkata, seramai 3,189 orang termasuk lebih 200 bayi dipaksa keluar dari rumah mereka dalam operasi tersebut.
Operasi Israel itu susulan serangan pada Jumaat lepas di mana dua pejuang Palestin membunuh dua askar Yahudi sebelum mereka ditembak mati di sebuah pos pemeriksaan berhampiran Hebron, beberapa hari menjelang pilihan raya umum Israel lewat hari ini.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berikrar akan melancarkan operasi besar-besar










