KUALA LUMPUR- Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menyambut baik keputusan Jemaah Menteri menubuhkan Dana Ekonomi Oren bagi memperkukuh industri muzik tempatan serta membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni untuk mengembangkan kerjaya di dalam dan luar negara.

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, penubuhan dana itu mencerminkan komitmen kerajaaan dalam mengiktiraf peranan industri muzik sebagai sektor ekonomi yang mampu menjana pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan serta memperkenalkan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Menurutnya, industri muzik rakaman Malaysia mencatatkan hasil tertinggi sebanyak RM428.3 juta pada 2025, sekali gus menunjukkan potensi sektor itu untuk terus berkembang menerusi pelaburan dalam bakat tempatan, penerbitan muzik dan peluasan pasaran antarabangsa.