Pada 2019 FGV Holdings berkata penilaian RM1 bilion terhadap Trurich Resources, usaha sama 50:50 dengan Tabung Haji tidak mengambil kira keadaan ladangnya yang teruk. (Gambar fail)PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dan FGV Holdings milik Felda sepatutnya membuat penilaian bebas masing-masing terhadap aset, prestasi operasi dan prospek Trurich Resources sebelum menambah dana ke dalam usaha sama yang akhirnya gagal, kata ahli ekonomi.

Barjoyai Bardai berkata, kedua-dua entiti berkaitan kerajaan itu sepatutnya lebih berhati-hati kerana suntikan modal tambahan ke dalam perniagaan yang berprestasi lemah boleh memburukkan kerugian jika masalah asasnya tidak diselesaikan.

“Keputusan (untuk menambah dana) tidak sepatutnya dibuat semata-mata kerana sejumlah besar modal sudah dibelanjakan,” katanya kepada FMT.