Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata 94 daripada 103 hospital atau 91.3% hospital pakar minor dan tanpa pakar mencatatkan purata masa menunggu katil kurang daripada 240 minit.KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memperhebat pelbagai langkah jangka pendek dan panjang bagi menangani isu kesesakan serta memendekkan masa menunggu pesakit di fasiliti kesihatan awam seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata hasil usaha berterusan itu menunjukkan peningkatan positif apabila hampir 72% hospital utama negara mencatatkan purata masa menunggu katil di bawah lapan jam setakat Jun lalu berbanding 55% tahun lalu.
"Sehingga Jun 2026, 28 daripada 39 hospital bersamaan 71.8% jenis 1 dan 2, iaitu hospital negeri serta hospital pakar major menerima jumlah pesakit ramai di Jabatan Kecemasan serta limpahan kes rujukan dari daerah sekeliling, mencatatkan purata masa menunggu katil bagi kemasukan ke wad dari Jabatan Kecemasan di bawah 480 minit di seluruh negara.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FIsmailLasim1_924924.png&w=480&output=webp&q=85&we)