KUALA LUMPUR – Sebanyak 28 daripada 39 hospital kerajaan kategori Jenis 1 dan 2 mencatatkan purata masa menunggu katil bagi kemasukan ke wad dari Jabatan Kecemasan di bawah lapan jam setakat Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pencapaian itu bersamaan 71.8 peratus daripada keseluruhan hospital berkenaan, yang kebanyakannya menerima jumlah pesakit tinggi serta kes rujukan dari daerah sekitar.

Beliau berkata, pencapaian tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 2025 apabila hanya 55.26 peratus hospital dalam kategori berkenaan merekodkan purata masa menunggu katil kurang d