KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda mengaku bersalah atas empat pertuduhan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Tertuduh berusia 20 tahun membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.
Berdasarkan pertuduhan pertama, pemuda itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memegang alat sulit mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun satu bulan di sebuah rumah di Kampung Sura Tengah, Dungun pada pukul 2 pagi, Mac 2023.









