Tanah Merah: Penduduk di Kampung Bechah Laut dan Kampung Padang Guchil, di sini, mahu ladang sirih diusahakan komuniti Rohingya yang disita pihak berkuasa tempatan (PBT) dibersihkan dengan tanaman sirih ditebang bagi mengelak kegiatan itu terus berlaku pada masa akan datang.

Penduduk mendakwa, sekiranya tindakan pihak berkuasa hanya menyita, sedangkan tanaman sirih yang berkeluasan lebih dua hektar bagi setiap kawasan itu tidak terusik, ia dikhuatiri kegiatan itu akan berterusan.

Penduduk, Hilya Ahmad, 56, berkata setakat ini pihaknya hanya melihat pita keselamatan dipasang di kawasan berkenaan.

"Sekiranya benar tindakan tegas mahu diambil, kawasan berkenaan perlu dibersihkan sehingga menjadi tanah kosong, barulah tiada lagi aktiviti itu selepas ini.