PULAU PINANG: Keuntungan bersih Iconic Worldwide Bhd (Iconic Worldwide) melonjak lebih tiga kali ganda kepada RM9.75 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 (TK2026), berbanding RM3.15 juta pada TK2025.
Prestasi itu dicapai apabila hasil kumpulan meningkat 84.8 peratus kepada RM87.61 juta daripada RM47.40 juta setahun sebelumnya, didorong terutamanya oleh pertumbuhan perniagaan hartanah.
Iconic Worldwide dalam satu kenyataan berkata, hasil segmen hartanah meningkat lebih dua kali ganda kepada RM58.55 juta berbanding RM24.42 juta pada TK2025.
Segmen pembuatan pula menyumbang RM18.81 juta, termasuk pendapatan pajakan kilang kepada Aperion Technologies (Malaysia) Sdn Bhd, manakala baki RM10.25 juta disumbangkan terutamanya oleh perniagaan hospitaliti.








