Kualiti udara merosot ke tahap sangat tidak sihat dan berbahaya di sebahagian besar Kalimantan Tengah akibat kebakaran hutan berlarutan yang menghasilkan asap dan jerebu. (Gambar EPA Images)JAKARTA: Jumlah titik panas kebakaran di seluruh Indonesia melonjak lebih empat kali ganda kepada 1,104 pada Ahad, dengan Kalimantan paling teruk terjejas apabila kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan terus menghasilkan asap dan jerebu, sekali gus memburukkan kualiti udara di beberapa wilayah.
Kementerian Kehutanan memaklumkan jumlah titik panas kebakaran hutan dan tanah meningkat daripada 270 pada Sabtu, dengan Kalimantan Tengah mencatatkan peningkatan paling ketara kepada 495 titik panas berbanding 92 pada hari sebelumnya, manakala Kalimantan Barat meningkat kepada 174 daripada 22.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FUmmiUmairahBakhit12_333164.png&w=480&output=webp&q=85&we)