JOHOR BAHRU – Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas "automatic e-gate", sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026."Di sini, saya telah ditunjukkan demo, saya sendiri melaluinya dan ia mampu mengesan bukan hanya senjata, apa saja yang ada pada badan kita."Jadi tak ada lagi ruang kalau dia nak 'wrap' dengan apa segala bahan, mesin kita pasti dapat mengesannya," katanya pada sidang media selepas latihan berkenaan di Depoh RTS Wadi Hana di sini pada Rabu.Hadir sama, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Singapura, Sim Ann serta Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.Menurut Saifuddin, aspek keselamatan menjadi keutamaan dalam memastikan kelancaran operasi RTS Link yang menghubungkan Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Chagar, Johor Bahru dengan Woodlands, Singapura.Beliau berkata, latihan keselamatan itu penting bagi menguji tahap kesiapsiagaan, keupayaan tindak balas serta penyelarasan antara agensi Malaysia dan Singapura sekiranya berlaku sebarang krisis atau kecemasan apabila perkhidmatan berkenaan beroperasi kelak."RTS Link dijangka membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah, sekali gus memerlukan persediaan rapi bagi memastikan sebarang insiden dapat ditangani dengan berkesan."Justeru, situasi terbabit merupakan cabaran yang memerlukan penyelarasan rapat kedua-dua negara, khususnya dalam menentukan tanggungjawab dan tindakan agensi terlibat ketika kecemasan rentas sempadan," ujarnya.Menurut beliau, persediaan latihan itu bermula sejak Mac lalu dengan penyelarasan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta membabitkan 28 kementerian dan agensi Malaysia.Pada 2 Oktober lalu, media melaporkan RTS Link Johor Bahru-Singapura dijangka bermula pada Februari 2027 dengan sasaran semua ujian sistem dan operasi percubaan selesai menjelang 31 Disember tahun ini.RTS Operations Pte Ltd (RTSO) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tempoh masa itu mengambil kira jangka masa bagi baki kerja dan masa diperlukan untuk pensijilan keselamatan oleh pihak ketiga serta kelulusan daripada pihak berkaitan di kedua-dua negara.
Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura - Saifuddin

Key takeaways
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, memaklumkan bahawa 100 alat pengimbas automatik akan dipasang di RTS Link untuk mengesan sebarang objek pada badan penumpang. Langkah ini bertujuan memperkukuh keselamatan dan mengekang jenayah rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.
- Alat pengimbas mampu mengesan senjata dan bahan lain yang disembunyikan pada badan penumpang.
- Latihan keselamatan bersama diadakan untuk menguji kesiapsiagaan dan penyelarasan agensi kedua-dua negara.
- RTS Link akan menghubungkan Kompleks ICQ Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands, Singapura.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Akan ada sahaja orang suka, tidak suka pada kita
- Sinar Harian Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura - Saifuddin (this story)









