PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia tidak mengetepikan prinsip hak asasi manusia dalam menangani isu pelarian Myanmar, sebaliknya menggunakan pendekatan diplomatik bagi mencari penyelesaian terhadap masalah berkenaan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, usaha berunding dengan Myanmar termasuk bagi membawa pulang pelarian tidak bermaksud Malaysia merestui tindakan negara itu terhadap etnik Rohingya.Menurutnya, pendekatan diplomatik perlu diteruskan kerana kecaman berterusan selama 20 hingga 30 tahun sebelum ini tidak membawa perubahan dasar yang diharapkan."Apakah dengan ini saya merestui semua keterlanjuran Myanmar? tidak. Tetapi saya fikir ini jalan sementara yang boleh kita lakukan," katanya dalam sesi soal jawab Majlis Ilmu Madani, di Kompleks Seri Perdana, di sini pada Rabu.Ujar beliau, usaha diplomatik itu membuahkan hasil apabila Myanmar bersetuju membawa pulang 10,300 individu setakat ini dengan kos ditanggung negara berkenaan, termasuk menggunakan pesawat dan kapal.Menurutnya, Myanmar turut bersetuju membawa pulang 3,000 lagi individu pada bulan ini.Jelas Anwar, kerajaan Malaysia turut membangkitkan soal jaminan keselamatan pelarian dalam perbincangan dengan rakan sejawatnya, Min Aung Hlaing dalam lawatan sebelum ini meskipun mengakui terdapat batas terhadap usaha yang boleh dilakukan."Dalam di antara syaratnya, kita kata mesti jamin keselamatan mereka. Tapi di negara dia, ada terbatas usaha kita," katanya.Anwar berkata, beliau memahami kritikan pihak tertentu termasuk di Amerika Syarikat dan Eropah yang mendakwa Malaysia mengetepikan prinsip hak asasi manusia dalam menangani isu berkenaan.Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tindakan konkrit yang dilakukan pihak terbabit bagi membantu menyelesaikan masalah pelarian itu.Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia berdepan beban susulan kehadiran kira-kira 200,000 pelarian dari Myanmar, selain sentimen masyarakat tempatan yang semakin tertekan dengan isu berkenaan.Justeru, katanya, usaha diplomatik perlu diteruskan bagi membolehkan lebih ramai pelarian dibawa pulang, dengan mengambil kira keperluan keselamatan mereka.Beliau menegaskan bahawa pendekatan itu tidak bermaksud Malaysia mengenepikan suara pihak yang terkesan, sama ada dalam kalangan masyarakat Islam mahupun Buddha, dalam usaha mendapatkan kerjasama Myanmar.Sejak awal tahun ini, 10,000 pelarian negara itu telah dihantar pulang oleh Malaysia. Pada 29 Julai lalu Myanmar bersetuju untuk menerima semula kira-kira 5,000 tahanan warganya yang kini berada di Malaysia hasil rundingan dan hubungan baik kedua-dua negara.Susulan itu, fasa pertama program penghantaran pulang dilaksanakan pada 29 Sept lepas melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar dengan menggunakan tiga kapal termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar.
Malaysia tidak ketepikan hak asasi tangani isu pelarian Myanmar - Anwar

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia menggunakan pendekatan diplomatik untuk menangani isu pelarian Myanmar tanpa mengetepikan prinsip hak asasi manusia. Beliau menyatakan bahawa rundingan ini bertujuan mencari penyelesaian sementara kerana kecaman berterusan sebelum ini tidak membawa perubahan.
- Myanmar bersetuju membawa pulang 10,300 individu setakat ini dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh negara tersebut.
- Anwar menegaskan usaha diplomatik ini tidak bermaksud Malaysia merestui tindakan Myanmar terhadap etnik Rohingya.
- Kerajaan Malaysia turut membangkitkan soal jaminan keselamatan pelarian dalam perbincangan dengan pemimpin Myanmar.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Diplomasi tidak cukup tangani jerebu dari Indonesia
- Sinar Harian Malaysia tidak ketepikan hak asasi tangani isu pelarian Myanmar - Anwar (this story)








%2Ffile%2F1044%2F85e506ba86855c10f2cd1f55c34f250b.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)