KUALA LUMPUR – Tiga lelaki tempatan ditahan manakala 376.2 kilogram (kg) sisik tenggiling bernilai RM376,200 dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Negeri Sembilan pada Selasa.Serbuan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dijalankan oleh pasukan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).Komander WCB/PSK, Datuk Mohd Zaki Ashar, berkata pemeriksaan di premis berkenaan menemukan 15 kotak yang mengandungi terbitan hidupan liar dipercayai sisik tenggiling."Kita turut menyita sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah alat penimbang dan satu mangga yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan."Jumlah keseluruhan nilai sitaan dan rampasan termasuk barangan lain dianggarkan RM401,700," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Menurut beliau, kesemua lelaki yang ditahan bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Perhilitan untuk tindakan lanjut."Rampasan dalam kuantiti besar ini menunjukkan kepentingan tindakan risikan dan penguatkuasaan berterusan bagi membanteras rangkaian yang terlibat dalam penyimpanan, pengumpulan serta pengedaran bahagian hidupan liar," katanya.Mohd Zaki berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan, destinasi penghantaran serta kemungkinan penglibatan pihak lain dalam rangkaian berkenaan."Tenggiling merupakan hidupan liar yang berdepan ancaman akibat pemburuan dan perdagangan haram."Permintaan terhadap bahagian tubuh serta terbitannya boleh mendorong eksploitasi hidupan liar secara tidak sah dan menjejaskan kelangsungan spesies ini di habitat semula jadi," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman telah melaksanakan 288 serbuan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga Rabu."Operasi tersebut melibatkan pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan barangan tidak bercukai, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penyeludupan hidupan liar serta kegiatan berkaitan sisa elektronik (e-waste)."Sebanyak 471 individu telah ditahan menerusi operasi berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM350.34 juta," katanya.Menurutnya, bagi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) pula, sebanyak 66 kes direkodkan sepanjang tahun ini membabitkan 74 tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM99.69 juta.Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perdagangan hidupan liar yang menyalahi undang-undang serta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu memelihara khazanah biodiversiti negara.
Tiga lelaki ditahan, 376.2kg sisik tenggiling bernilai lebih RM376,000 dirampas

Key takeaways
Tiga lelaki tempatan ditahan dan 376.2 kg sisik tenggiling bernilai RM376,200 dirampas dalam serbuan di Negeri Sembilan. Kesemua suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Perhilitan untuk siasatan lanjut.
- Serbuan dijalankan oleh WCB/PSK Bukit Aman bersama Perhilitan pada Selasa sekitar tengah hari.
- Sitaan lain termasuk sembilan telefon bimbit, alat penimbang, dan satu mangga.
- Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM401,700 termasuk barangan lain.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Tiga lelaki ditahan, 376.2kg sisik tenggiling bernilai lebih RM376,000 dirampas (this story)









