MARAN – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya melawan arus sebelum bertembung secara berdepan dengan sebuah Toyota Vellfire di Kilometer 59, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini, semalam.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 15 saat menyaksikan mangsa yang menunggang motosikal melawan arus telah tercampak selepas bertembung dengan sebuah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Superintendan Wong Kim Wai berkata, kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku menyebabkan mangsa Md Yusoff Daud, 75, menunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika MPV jenis Toyota Vellfire dalam perjal