PETALING JAYA – Laluan ke Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) didakwa dipenuhi asap atau debu tebal, dalam kejadian dipercayai pada petang tadi.

Menerusi video dimuat naik seorang pengguna Thread Haziqri memperlihatkan, asap atau debu tebal itu memenuhi satu kawasan di laluan lebuh raya tersebut, manakala kelihatan deretan kenderaan berhenti di situ.

“Info-info, AKLEH tutup asap tebal,” katanya pada hantaran video berkenaan.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang tertanya-tanya kejadian sebenar berkait asap atau debu tebal tersebut.