KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap isu jenayah kewangan akan dijalankan secara menyeluruh tanpa terbatas kepada mana-mana individu atau syarikat tertentu.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataannya, memaklumkan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan meneliti susur galur jenayah kewangan dari peringkat awal hingga kini.

Menurutnya, siasatan akan dilaksanakan secara telus dan komprehensif bagi memastikan semua aspek berkaitan diteliti berdasarkan fakta serta bukti yang diperoleh.

"Jawatankuasa Khas Siasatan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap susur galur jenayah kewangan dari peringkat awal hingga kini.