PUTRAJAYA – Seorang guru besar dipenjara 20 tahun dan 11 sebatan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini atas dua pertuduhan kesalahan seksual terhadap murid perempuannya berusia 12 tahun, lima tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Noorin Badaruddin selepas menolak rayuan akhir perayu berusia 59 tahun bagi sabitan menghasilkan pornografi serta membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mensabitkannya atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak sama.

Bagi pertuduhan menghasilkan pornografi kanak-kanak, mahkamah mengekalkan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum ini iaitu penjara sembilan tahun dan lapan sebatan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.