KUALA LUMPUR: Semangat Lee Zii Jia semakin membara dalam misi menamatkan kemarau kejuaraan selepas mengesahkan tiket ke pusingan kedua Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman, hari ini.
Pemain perseorangan lelaki profesional negara yang menghuni ranking ke-42 dunia itu mara selepas mengetepikan cabaran pemain Singapura, Jason Teh yang berada di ranking ke-33 dunia, 21-16, 19-21, 21-17 dalam tempoh 59 minit pada aksi pusingan pertama di Saarlandhalle.
Kemenangan itu membolehkan Zii Jia melunaskan dendam terhadap Jason selepas tewas kepada pemain berkenaan pada pusingan pertama Terbuka Switzerland, Mac lalu.
"Gembira dapat kembali beraksi di Terbuka Hylo sejak 2021 dan lebih menggembirakan apabila memulakannya dengan kemenangan," kata Zii Jia menerusi hantaran di Instagram.









