Mahkamah Tinggi Tawau turut memerintahkan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman bagi tindakan pengusiran ke negara asal. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Tawau menjatuhkan hukuman penjara maksimum 40 tahun ke atas seorang warga Indonesia yang didapati bersalah membunuh seorang pekerja Ladang Tiger di Sime Darby Plantation pada 2023.

Harian Metro melaporkan Pesuruhjaya Kehakiman, Steve Ritikos, menjatuhkan hukuman itu terhadap Lipus Linus, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Lelaki itu didapati bersalah membunuh Herman Muhtar, 33, yang juga warga Indonesia dan buruh di ladang terbabit.