Batu Pahat: Lelaki warga Nepal yang baru tiga bulan bekerja di negara ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan rakan sekerja perempuan berusia 19 tahun di sebuah kilang elektronik, Jumaat lalu.

Tertuduh, Khadak Singh Thagunna, 29, didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan rakan sekerjanya di sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Sri Gading, di sini, kira-kira jam 12.40 tengah hari, 23 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.