KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kecil Pasaran Kewangan Islam (IFMC) menggesa industri kewangan Islam mempercepat penerimagunaan Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) sebagai kadar penanda aras bagi produk dan transaksi kewangan.
Gesaan itu dibuat menjelang penamatan penggunaan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) bagi produk serta transaksi baharu mulai 1 Julai 2027.
IFMC telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bersama penggiat industri pada 2022.
Dalam kenyataan hari ini, BNM memaklumkan usaha terbabit perlu menumpukan pengurangan inventori sedia ada berkaitan KLIBOR, lebih giat membabitkan pelanggan serta menggalakkan penerimagunaan produk serta transaksi berasaskan MYOR-i bagi memastikan kelancaran peralihan, tepat pada masanya dan teratur.






