Butterworth: Empat individu termasuk suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memperdagangkan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi buruh paksa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius akibat melecur.

Tertuduh, Cheng Dee Wen dan isterinya, Lim Yeek Fern, masing-masing berusia 33 tahun, Yeo Ann Sheng, 25, serta R Maneemekalai, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mereka didakwa secara bersama memperdagangkan mangsa, Siti Rohaya, bagi tujuan eksploitasi buruh paksa menggunakan kekerasan sehingga mengakibatkan kecederaan serius terhadap wanita itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Oren Business Centre di sini, antara Mei hingga Oktober tahun ini.