Johor Bahru: Polis menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kes membaling bom petrol di kawasan penempatan Rohingya di Kulai Besar, Kulai pada 13 Oktober lalu.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, tangkapan terbaharu itu menjadikan keseluruhan 15 individu sudah ditahan setakat ini.
Katanya, reman suspek berusia 27 dan 28 tahun yang ditahan pada 20 Oktober itu akan berakhir Jumaat.
"Semakan rekod jenayah lampau ke atas kedua-dua suspek mendapati seorang daripadanya mempunyai 10 rekod berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.









