JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kes membaling molotov di kawasan penempatan Rohingya di Kulai Besar, Kulai pada 13 Oktober lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata tangkapan dua lelaki itu menjadikan seramai 15 individu ditahan berhubung kes berkenaan.

Dua suspek yang ditahan 20 Oktober lalu itu, kini direman hingga Jumaat ini.

"Susulan tangkapan 13 lelaki tempatan bersabit kes ini, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menahan dua lagi suspek lelaki tempatan berusia 27 dan 28 tahun di sekitar bandar raya ini.