PETALING JAYA – Beberapa jalan di TTDI dan Damansara Utama menghala ke Damansara Jaya dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat hari ini.
Menerusi perkongsian pengguna Threads, brandonleowkm, keadaan banjir di kawasan terbabit bagaimanapun pulih dengan cepat selepas hujan reda.
“Jalan sepatutnya sudah boleh dilalui. Air naik dengan banyak ketika hujan, tetapi surut dengan sangat cepat,” katanya.
Seorang lagi pengguna, lazimmuhsin, turut mendakwa air banjir akan surut dalam tempoh kira-kira sejam sekiranya tiada hujan lebat.









