KUALA LUMPUR: Calon MCA bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih perlu melalui proses ditetapkan parti sebelum menerima watikah calon Barisan Nasional (BN).
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, calon parti itu perlu melalui keputusan Majlis Presiden MCA sebelum menandatangani dokumen di hadapannya.
“Calon-calon kita kena melalui proses kita iaitu dari segi keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden.
“Kemudian mereka juga kena tandatangan di depan saya untuk memastikan mereka setia dengan parti kita,” katanya kepada pemberita di Wisma MCA hari ini.









