Presiden Umno Zahid Hamidi, berkata masalah tidak puas ahti MCA akan diselesaikan BN sebelum 31 Okt.PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan isu tidak puas hati agihan kerusi PRN Melaka melibatkan MCA sebelum hari penamaan calon.

Pengerusi Zahid Hamidi memberi jaminan rundingan berhubung senarai calon MCA masih boleh diteruskan.

Beliau mengesahkan Presiden MCA Wee Ka Siong terkejut apabila tidak dimaklumkan lebih awal berhubung pengumuman calon pada majlis di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka, malam tadi.

"Benar, beliau (Wee) pun terkejut kerana tidak dimaklumkan oleh urus setia mengenai pengumuman calon itu. Bagaimanapun, masalah ini akan kita selesaikan, kita akan adakan perbincangan sebelum 31 Okt," katanya memetik Berita Harian.