KUALA LUMPUR: Hubungan akrab antara MCA dan UMNO akan terus diperkukuhkan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, hubungan antara parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dan MCA sudah lama terjalin malah kedua-duanya merupakan parti tunjang dalam BN.
“Kami telah bersetuju bahawa hubungan akrab antara parti BN sangat penting, UMNO dan MCA sebagai parti tunjang dalam BN dan ini sudah lama kami bekerjasama
“Kami diibaratkan sebagai adik-beradik dan kami pernah bantu antara satu sama lain. Kedua parti ini mempunyai sejarah yang agak panjang dan saya rasa dalam konteks ini kita perlu merapatkan saf untuk teruskan perjuangan bersama,” katanya.










