Bersatu dijangka bertembung dengan PH di Klebang, Gadek, Pengkalan Batu dan Ayer Keroh sekiranya pembahagian kerusi kekal sehingga hari penamaan calon.PETALING JAYA: Bersatu dijangka bertanding di lapan daripada 28 kerusi DUN pada PRN Melaka, termasuk empat kawasan yang turut bakal ditandingi Pakatan Harapan (PH), di sebalik spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama antara kedua-duanya.

Sumber Bersatu memberitahu FMT lapan kerusi itu ialah Kelebang, Lendu, Gadek, Sungai Udang, Pantai Kundor, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban.

Sekiranya keputusan itu kekal sehingga hari penamaan calon, Bersatu bakal bertembung dengan PH di Kelebang, Gadek, Pengkalan Batu dan Ayer Keroh.

Menurut sumber itu lagi, Ketua Bersatu Melaka Mohamad Ali Mohamad dijangka diletakkan sebagai calon di Kelebang susulan desakan akar umbi.