Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata penggunaan AI yang semakin meluas oleh penjenayah siber menjadikan ancaman lebih canggih dan sukar dikesan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menurunkan sejumlah 170,633 kandungan dalam talian berkaitan penipuan, termasuk akaun palsu dan aktiviti penyamaran, setakat 15 Okt lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching, berkata angka itu mencerminkan skala penipuan dalam talian yang semakin meningkat serta keperluan penguatkuasaan berterusan, kesedaran awam dan kerjasama lebih erat antara agensi berkaitan untuk melindungi rakyat Malaysia daripada ancaman siber.

Beliau berkata penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas oleh penjenayah siber menjadikan ancaman lebih canggih dan sukar dikesan, dengan teknologi itu turut dieksploitasi untuk penipuan dalam talian, penyamaran atau kegiatan jenayah berkaitan yang lain.