Keadaan di lokasi menunjukkan gerabak dua tren berkelajuan tinggi yang tergelincir dan bertembung di perkampungan Urda, Toledo, Sepanyol. (Gambar EPA Images)KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Madrid masih belum menerima pengesahan mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat perlanggaran melibatkan dua kereta api penumpang berkelajuan tinggi berhampiran Urda, Toledo, Sepanyol pada Rabu.

Kementerian Luar dalam pemakluman media pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang memantau rapat situasi susulan perlanggaran yang berlaku kira-kira 8.54 pagi waktu tempatan itu.

"Kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa Sepanyol dan pengendali perkhidmatan kereta api yang berkaitan bagi memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia dalam kalangan penumpang yang terlibat serta menyelaras bantuan konsular sekiranya diperlukan," menurut kementerian itu.