KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Madrid masih belum menerima pengesahan mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat perlanggaran melibatkan dua kereta api penumpang berkelajuan tinggi berhampiran Urda, Toledo, Sepanyol pada Rabu.Kementerian Luar dalam pemakluman media pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang memantau rapat situasi susulan perlanggaran yang berlaku kira-kira 8.54 pagi waktu tempatan itu."Kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa Sepanyol dan pengendali perkhidmatan kereta api yang berkaitan bagi memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia dalam kalangan penumpang yang terlibat serta menyelaras bantuan konsular sekiranya diperlukan," menurut kementerian itu.Kementerian itu turut memaklumkan bahawa perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi antara Madrid dan Andalusia dilaporkan telah digantung susulan insiden berkenaan.Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang sedang melakukan perjalanan di Sepanyol, khususnya mereka yang merancang untuk menggunakan perkhidmatan kereta api yang terjejas, dinasihatkan supaya menyemak perkembangan terkini perkhidmatan secara langsung dengan pengendali masing-masing dan membuat pengaturan perjalanan alternatif sekiranya perlu.Kementerian itu turut menggesa rakyat Malaysia yang mungkin terjejas akibat insiden berkenaan atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia yang mungkin terlibat supaya menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid bagi membantu proses pengesahan dan penyaluran bantuan konsular.Rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di Sepanyol turut digalakkan untuk mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my.Bagi mendapatkan bantuan konsular segera atau dalam situasi kecemasan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid menerusi talian kecemasan 24 jam di +34 659 894 943 atau talian pertanyaan am di +34 91 555 0684 dan +34 91 555 0737.Kedutaan juga boleh dihubungi melalui e-mel di mwmadrid@kln.gov.my.Kementerian Luar memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau perkembangan dengan rapat dan memberikan maklumat terkini sekiranya perlu. - Bernama
Tiada pengesahan rakyat Malaysia terjejas dalam pelanggaran kereta api di Sepanyol

Key takeaways
Kedutaan Malaysia di Madrid belum menerima pengesahan rakyat Malaysia terjejas dalam pelanggaran kereta api di Sepanyol.
- Kementerian Luar sedang memantau situasi dan berhubung dengan pihak berkuasa Sepanyol.
- Perkhidmatan kereta api antara Madrid dan Andalusia digantung susulan insiden itu.
- Rakyat Malaysia dinasihati semak perkembangan perkhidmatan dan hubungi kedutaan jika perlu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today , Kosmo , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Berita Harian Banjir Istanbul : Tiada rakyat Malaysia terjejas
- Sinar Harian Tiada pengesahan rakyat Malaysia terjejas dalam pelanggaran kereta api di Sepanyol (this story)
- Free Malaysia Today Tiada pengesahan rakyat Malaysia terbabit insiden kereta api di Sepanyol








