Kementerian Kewangan kata SPRM masih menjalankan siasatan terhadap pelaburan KWAP dalam eFishery. (Gambar KWAP)KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan proses siasatan terhadap pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery.
Katanya, siasatan belum menemukan sebarang unsur salah laku jenayah melibatkan rasuah atau penyelewengan berkaitan pelaburan KWAP dalam eFishery seperti yang dilaporkan media pada 13 Ogos 2026.
KWAP juga bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan serta konsortium pelabur dalam mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab.






