Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pertemuan dengan kepimpinan MCA sebagai positif, namun Presiden MCA Wee Ka Siong berkata terlalu awal untuk membuat kesimpulan itu.

Perbezaan kenyataan kedua-dua pemimpin itu timbul ketika pertikaian antara Umno, parti tunjang BN, dengan MCA berhubung pembahagian kerusi masih berlarutan menjelang pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Wee berkata MCA dan Umno belum berhubung semula selepas pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang bermula pada 11 malam semalam dan berakhir sekitar 1 pagi tadi.

“ Adalah terlalu awal untuk (Zahid) menyifatkan hasil pertemuan itu sebagai positif pada peringkat ini. Kedua-dua pihak perlu meneruskan perbincangan, dan saya berharap satu titik penyelesaian dapat dicapai dalam tempoh satu atau dua hari lagi.