Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata rundingan khas itu membabitkan Presiden MCA Wee Ka Siong, Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir dan Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh.PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi mengesahkan perbincangan khas agihan kerusi gabungan itu bagi PRN Melaka dengan MCA selesai dan mencapai perkembangan positif.

Timbalan perdana menteri berkata, perbincangan itu membabitkan Presiden MCA Wee Ka Siong, Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir dan Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh.

"Saya tidak dapat mengumumkannya sehingga Rauf yang sudah diberikan mandat membuat pengumuman, sila ajukan soalan susulan kepada beliau," katanya menurut Berita Harian selepas merasmikan Program Jelita (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement) Latihan Pecutan Intensif 12 Jam di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Durian Tunggal.