Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir tegaskan isu bekalan air perlu diberi perhatian, khususnya di Kedah dan Kelantan, untuk dorong pembangunan ekonomi tempatan, sesuai dengan sasaran pertumbuhan SG4. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Masalah infrastruktur asas, khususnya bekalan air, perlu ditangani bagi memastikan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis, mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi menjelang 2050, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sasaran KDNK gabungan RM723.75 bilion menjelang 2050 yang diketengahkan empat negeri di bawah inisiatif SG4 itu, berdasarkan unjuran pertumbuhan tahunan 7%.
“Saya tidak mahu memberikan komen terhadap sasaran pertumbuhan yang diletakkan, tetapi kita perlu semak usaha kerajaan persekutuan yang sewajarnya diketengahkan dalam perbincangan untuk membangunkan wilayah-wilayah ini,” katanya dalam hantaran Facebook.







