KUALA LUMPUR: Ekonomi digital Malaysia diunjur mencapai nilai barangan kasar (GMV) sebanyak US$48 bilion (RM195.84 billion) pada 2026, menurut laporan tahunan e-Conomy SEA (Asia Tenggara) bagi edisi ke-11 2026.

Laporan Building the Intelligent Economy oleh Google, Temasek, and Bain & Company itu menunjukkan Malaysia yang mencatat pertumbuhan 20 peratus tahun ke tahun, setanding Vietnam sebagai ekonomi digital yang berkembang paling pesat di Asia Tenggara.

"Momentum ini didorong oleh pertumbuhan dua angka bagi setiap sektor dengan e-dagang, pelancongan dalam talian, media dalam talian serta perkhidmatan mobiliti dan makanan sebagai pemacu utama pertumbuhan itu," menurut pihak terbabit dalam satu kenyataan bersama.