JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kes membaling molotov ke penempatan Rohingya di Kulai Besar, Kulai dalam kejadian 13 Oktober lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, tangkapan dua lelaki yang dibuat pada 20 Oktober lalu itu menjadikan seramai 15 individu ditahan berhubung kes tersebut.

Beliau berkata, dua suspek tersebut kini berada dalam tahanan reman sehingga Jumaat ini.

“Sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menahan dua lagi suspek lelaki tempatan berusia 27 dan 28 tahun di sekitar Johor Bahru.