KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka berdepan lebih banyak serangan siber yang digerakkan ejen kecerdasan buatan (AI) pada 2027, yang mana teknologi itu sudah pun digunakan penjenayah siber dalam beberapa serangan melibatkan organisasi besar di negara ini.

Pengarah Urusan LGMS Berhad, Fong Choong Fook berkata, pihaknya telah mengesan sera­ngan yang menunjukkan corak penggunaan AI untuk mempercepatkan proses serangan termasuk tinjauan sistem, mengenal pasti kelemahan dan memasang akses belakang.

Katanya, analisis terhadap log dan corak serangan yang membabitkan dua organisasi besar, termasuk sebuah syarikat tersenarai awam itu menunjukkan serangan berkenaan tidak lagi dilakukan sepenuhnya oleh manusia.